Search

Sponsored Ads

Google Adsense
© 2024 hariankini | Privacy Policy | Disclaimer
Google Adsense
Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani 2024

Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani 2024

Google Adsense
Google Adsense

Isi Kandungan

Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani | Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ditambah sehingga RM10 bilion dalam belanjawan 2024.

Dengan tambahan peruntukan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 40,000 peminjam.

Ini adalah langkah positif yang dapat membantu masyarakat dalam memperoleh pembiayaan perumahan dan mendorong aktiviti pembelian rumah. Penambahan peruntukan ini juga dapat memberi dorongan kepada industri hartanah dan ekonomi tempatan.

Berikut admin kongsikan maklumat lanjut berkaitan Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani. Teruskan membaca!

Apa Itu Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani

Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI) merupakan suatu inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Belanjawan 2023.

Program ini dikendalikan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad dengan fokus kepada golongan pendapatan tidak tetap, terutamanya pembeli rumah pertama yang tidak memiliki pendapatan tetap dan slip gaji. Golongan ini termasuk pekerja ekonomi gig, pemilik perniagaan, peniaga, atau usahawan kecil.

Skim ini bertujuan memberikan kemudahan gadai janji kepada mereka yang memenuhi syarat untuk mendapatkan bantuan dalam memiliki rumah pertama.

Dengan bantuan Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani, adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.

Syarat Kelayakan Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani

Syarat Kelayakan Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Pinjaman dua generasi juga dibenarkan.
  • Kategori Berpendapatan Tidak Tetap atau Bekerja Sendiri.
  • Kategori Berpendapatan Tetap.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman baru, rumah sedia ada, atau rumah lelongan untuk didiami.
  • Terbuka untuk rumah kediaman baru, rumah sedia ada, atau rumah lelongan.
  • Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak boleh melebihi 65% pendapatan kasar bulanan.
  • Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan dalam tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada rekod kredit negatif lain dalam tempoh 24 bulan.

*CCRIS – Central Credit Reference Information System

Artikel Berkaitan :


Cara Mohon Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani

Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani hanya boleh dibuat secara fizikal di institusi kewangan terpilih, ini bermakna peminjam perlu mengunjungi bank yang menyediakan skim tersebut untuk melengkapkan proses permohonan.

Oleh itu, penting bagi peminjam untuk merujuk kepada panduan dan prosedur yang diberikan oleh institusi kewangan terlibat.

Berikut adalah cara untuk memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani:

  1. Kenal Pasti Rumah Yang Ingin Dibeli:

    • Tentukan rumah yang ingin anda beli. Pastikan rumah tersebut memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani.

  2. Sediakan Dokumen-Dokumen yang Diperlukan Termasuk:

    • Penyata akaun bank.
    • Lesen perniagaan (jika ada).
    • Kad Pendaftaran Nelayan atau dokumen sokongan lain bagi aktiviti jual beli dan perkhidmatan.
    • Untuk pemohon tanpa pendapatan tetap, peroleh surat pengesahan pendapatan dari individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu, atau wakil yang terpilih) atau Pengurus Cawangan Bank.
    • Bagi pemohon bergaji, bawa penyata gaji dan penyata EPF.

  3. Mohon di Institusi-institusi Kewangan Terlibat:
    • Bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohon pembiayaan perumahan di mana-mana cawangan institusi kewangan yang terdekat yang menyertai Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani.

Pastikan semua dokumen yang disediakan adalah lengkap dan sah. Ikuti prosedur yang ditetapkan oleh institusi kewangan terlibat dan tunggu untuk menerima maklum balas mengenai status permohonan anda.

cara mohon skim jaminan kredit perumahan madani

Dokumen yang Diperlukan

  1. Kediaman/Rumah

    • Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka kediaman/rumah

  2. Pendapatan

    • Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
    • Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
    • Surat pengesahan pekerjaan

  3. Dokumen Sokongan Lain
    • Salinan Kad Pengenalan pemohon
    • Surat Pengesahan (jika ada)
    • Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
    • Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank.

Institusi Kewangan Terlibat

Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani berfungsi sebagai penyedia jaminan kepada pihak bank bagi membolehkan mereka menawarkan pembiayaan perumahan kepada golongan tertentu.

Dengan adanya jaminan ini, pihak bank mungkin lebih bersedia untuk memberikan pinjaman kepada individu atau kelompok yang mungkin mempunyai kriteria kewangan yang tidak biasa atau pendapatan yang tidak tetap.

Dibawah adalah senarai insititusi kewangan yang mengambil bahagian dalam Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani :

Institut kewangan utama:


Menariknya, setiap bank yang terlibat dalam Skim Jaminan Kredit Perumahan Madani ini menawarkan pelbagai produk skim pinjaman perumahan dengan ciri-ciri yang unik. Ini termasuk konsep pembiayaan, peratusan caj, yuran, dan cara pembayaran yang berbeza-beza.

Kepelbagaian ini memberikan peluang kepada peminjam untuk memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan dan kebolehan kewangan mereka. Oleh itu, calon peminjam dinasihatkan untuk teliti memahami terma dan syarat setiap produk yang ditawarkan oleh bank-bank yang berbeza sebelum membuat keputusan pinjaman. Disyorkan juga untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari pihak bank untuk memastikan pemahaman yang mendalam mengenai setiap aspek.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) merupakan langkah proaktif kerajaan dalam mendukung akses kepada pembiayaan perumahan untuk golongan yang mungkin menghadapi cabaran kewangan. Dengan menyediakan jaminan kepada pihak bank, SJKP membuka pintu kepada lebih ramai individu dengan pelbagai sumber pendapatan untuk memiliki rumah. Kepelbagaian produk pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh institusi kewangan yang terlibat menawarkan lebih banyak pilihan kepada calon peminjam.

Bagi yang berminat, disarankan untuk merujuk kepada laman web rasmi SJKP atau institusi kewangan yang menyediakan skim ini untuk maklumat terkini. Dengan ini, SJKP diharapkan dapat terus memberikan sokongan kepada masyarakat dalam merealisasikan impian memiliki rumah sendiri, sekaligus menyumbang kepada perkembangan industri perumahan dan ekonomi negara.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan, sila layari laman web rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) di https://www.sjkp.com.my/.

Telefon & Faks:
No. Telefon: +6 03 2096 5000
No. Faks: +6 03 2096 5090

Alamat:
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun, Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur
Malaysia

Soalan Lazim

Adakah skim ini untuk Bumiputera sahaja?

Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Adakah saya boleh memohon pinjaman perumahan di bawah skim ini jika tidak mempunyai slip gaji bulanan?

Ya. Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk menjamin pembiayaan perumahan bagi golongan yang tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan yang tetap tanpa mengira jenis pekerjaan.

Berapa lamakah tempoh pembayaran pembiayaan?

Tempoh pembiayaan ialah sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan).

Adakah Skim Jaminan Kredit Perumahan tertakluk kepada rumah yang baru dibina sahaja?

Skim Jaminan Kredit Perumahan merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.

Saya merupakan seorang peniaga dan berhasrat membeli sebuah kondominium. Adakah saya layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

SJKP adalah untuk pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk diduduki, tertakluk kepada pembiayaan maksima RM500,000.

Adakah saya layak memohon pembiayaan perumahan di bawah SJKP bagi membiayai pembinaan rumah di tanah sendiri?

Tidak. Buat masa ini Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah.

Adakah saya tertakluk kepada syarat-syarat tertentu untuk menjual rumah yang telah dibeli di bawah SJKP?

Pihak SJKP tidak mengenakan syarat-syarat tertentu ke atas pemohon. Akan tetapi, pemohon haruslah mematuhi / memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak institusi kewangan.

Adakah saya perlu membuat permohonan di pejabat SJKP?

Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP.

Di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini, berapakah caj / yuran yang harus dibayar oleh peminjam kepada pihak SJKP?

Tiada caj / yuran yang dikenakan oleh SJKP kepada peminjam.

Google Adsense
Google Adsense
Google Adsense
Google Adsense

Sponsored Ads

Google Adsense

Top 10 Popular Posts