Advertisement

Latest News

Hariankini.com -- Perlawanan antara pasukan Pahang dengan kelab Johor Darul Takzim (JDT) di separuh akhir kedua Piala FA awal malam tadi di Stadium Darul Makmur terpaksa dibatalkan gara-gara kekecohan hampir 7,000 orang memenuhi kawasan trek stadium akibat limpahan penonton memasuki stadium melebihi kapasiti sebenar.

[Tonton video di bawah artikel]

Stadium yang berkapasiti 35,000 itu telah dibanjiri lebih 42,000 penyokong dari kedua-dua pasukan kerana dilaporkan wujud penonton yang memasuki stadium dengan menggunakan tiket palsu yang dijual pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu, ada juga laporan wujud provokasi antara penyokong kedua-dua pasukan sehingga ada beberapa penonton yang tercedera akibat balingan objek keras dari luar stadium. Kerana bimbangkan keselamatan, pihak pengurusan perlawanan terpaksa menangguhkan perlawanan yang dilaporkan akan diadakan di stadium berkecuali tanpa penonton.

Namun apa yang menggelikan hati, para penonton di rumah yang menonton melalui Astro Arena 801 untuk siaran langsung perlawanan berkenaan telah disajikan dengan siaran 'gantian' iaitu aksi seekor kucing sedang melakukan aksi 'akrobatik' membuang najis di tengah padang.



--Hariankini.com
Tidak pasti apakah pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung Projek Permata Negara berlandaskan hubungan suami isteri atau berdasarkan pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) projek tersebut.

Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Rodziah Ismail menyatakan demikian ketika diminta mengulas pujian Najib dalam Persidangan Women Deliver 2013, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Najib dalam ucapannya menyanjung tinggi kerja-kerja kebajikan yang dijalankan isterinya selain mendakwa usaha Rosmah itu memberi dividen besar kepada negara.

Bagaimanapun, Rodziah merasakan Projek Permata yang dicetuskan Rosmah itu tidak mencapai sasaran yang sewajarnya kerana ia hanya tertumpu pada segelintir kumpulan kanak-kanak, lapor Selangorku.

“Saya lebih menggesa Perdana Menteri untuk melihat kebajikan kanak-kanak kepada hak yang lebih menyeluruh tanpa mengira latar belakang mereka samada daripada kawasan kampung atau bandar, untuk mendapat pendidikan awal.

“Isu pendidikan awal kanak-kanak ini sepatutnya dilihat secara lebih menyeluruh sedangkan Projek Permata seolah-olah hanya mensasarkan golongan tertentu dan elit untuk beroleh manfaaat,” ujarnya yang juga mantan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor.

Beliau yang juga Adun Batu Tiga berkata, Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan insentif tertentu untuk disalurkan secara terus kepada ibu bapa khususnya mereka yang berpendapatan rendah, lebih-lebih lagi dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Jika dilihat, kebanyakan projek-projek persekutuan ini lebih pentingkan bilangan atau kuantiti sementara kualiti langsung tidak dipantau.

“Malah, kita juga tidak tahu siapa yang benar-benar menerima manfaat daripada projek yang dijalankan,” ujarnya.

--Harakahdaily.net
Tawaran PR turun harga petrol, hapus tol dan mansuh pinjaman PTPTN
PAS percaya rakyat negara ini bijak dan tidak akan mudah terkeliru dengan manifesto BN yang ketara menciplak manifesto Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, manifesto Pakatan Rakyat lebih awal dibentangkan dan dari situ rakyat sudah faham dan mengerti apa yang akan dilaksanakan oleh Pakatan selepas diberi mandat nanti.

"Apa yang dibentangkan oleh BN banyak persamaan bukan kebetulan tetapi diceduk dari Pakatan Rakyat. Rakyat sudah tahu dan bijak menilai.

"Selain itu, saya berharap media memainkan peranan dan menjelaskan apa yang sebenarnya kepada rakyat," katanya dalam sidang media di Pusat Media PAS hari ini.

Bagaimanapun, katanya manifesto BN masih tidak mencakupi harapan besar rakyat seperti menurunkan harga petrol, menghapuskan tol dan pemansuhan pinjaman PTPTN.

Katanya, menurunkan harga petrol adalah perkara utama yang ditunggu-tunggu oleh rakyat negara ini kerana ia memberi kredit meluas kepada rakyat malangnya BN tidak berani untuk menjanjikan perkara ini.

Selain itu, BN masih tidak berani untuk menawarkan prinsip asas sebagaimana yang djanjikan oleh Pakatan Rakyat iaitu pentadbiran yang telus, amanah dan berintegriti.

"BN tidak berani pula untuk ciplak janji pentadbiran telus, amanah dan berintegriti. Saya percaya inilah akan jadi kayu pengukur rakyat untuk memilih kerajaan nanti," katanya.

--http://bm.harakahdaily.net/
Ketika Pakatan Rakyat (PR) bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentangkan manifesto pilihan raya kepada rakyat, Umno BN mendapat laluan mudah apabila manifestonya disiarkan secara langsung oleh media milik kerajaan dan media arus perdana.

“Agak lucu apabila dia (Umno BN) tawarkan 10 minit kepada Pakatan Rakyat untuk bentangkan manifesto (secara rakaman),” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul kepada TV Selangor hari ini berhubung perkara itu.

Majlis pelancaran manifesto BN untuk PRU13 oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib di Stadium Bukit Jalil malam ini dalam satu majlis khas akan disiarkan secara langsung oleh media perdana di negara ini.

Johari turut mempersoalkan siaran langsung tersebut kerana kerajaan yang wujud ketika ini adalah kerajaan sementara di mana Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan bagi kerja parti.

“Saya ingin bertanya sama ada Umno BN membayar atau tidak kepada RTM kerana menggunakan fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, dia (Umno BN) tidak boleh menggunakannya untuk tujuan kerja-kerja parti,” ujarnya dipetik Selangorku.

Johari mendakwa, Umno BN melakukan perubahan terhadap manifestonya yang diyakini telah disiapkan awal tetapi ditarik semula apabila PR melancarkan manifesto lebih awal.

Sebagai contoh, katanya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak pernah didebatkan di dalam Parlimen sama ada bagi bajet 2010, 2011 atau 2012.

“Bila PR menyediakan Buku Jingga pada 2010 yang didalamnya jelas menyatakan bantuan RM1,000 setahun kepada rakyat khususnya berpendapatan rendah maka Umno-BN lantas melancarkan BR1M walaupun tiada bajet diluluskan oleh Parlimen.

“Ini menunjukkan Umno-BN ketandusan idea. Dia cuma akan buat ‘adjustment’ terhadap apa yang dia ada dan mengikut apa dicadangkan PR. Bagi saya, Umno-BN tidak mempunyai ‘originality’ tetapi ‘copycat’,” katanya.

--http://bm.harakahdaily.net/
Naib presiden PKR Tian Chua diusir keluar dari Sabah selepas ditahan oleh pegawai imigresen lapangan terbang Kota Kinabalu.

Dalam tulisannya di Twitter hari ini, Tian berkata beliau ditahan selepas mendarat sekitar jam 11.05 pagi di lapangan terbang itu.

"Saya diberitahu bahawa kerajaan Sabah mengeluarkan perintah menghalang kemasukan saya,” kata penyandang kerusi parlimen Batu itu.

Perkembangan itu berlaku selepas seorang ADUN Lahad Datu Nasrun Mansur menggesa agar Tian disenarai hitam daripada memasuki Sabah.

Nasrun, seorang menteri pembantu di jabatan ketua menteri berkata ia bagi menghalang Tian daripada menyebarkan “budaya yang tidak boleh diterima” di Sabah.

--http://www.malaysiakini.com/
Seramai 3,000 anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) hari ini turun ke jalan raya dalam piket mengkritik majikan masing-masing hari ini.

Berkumpul di depan ibu pejabat Maybank di Kuala Lumpur sekitar jam 2 petang, mereka mengemukakan sepuluh tuntutan, antaranya menghentikan dakwaan eksploitasi pekerja dan layanan buruk terharap pekerja hamil.

Mereka melaungkan pelbagai slogan anti-Maybank dan CIMB sepanjang perjalanan menuju ke CIMB di Menara UOA tidak jauh dari situ.

Acara itu yang dinamakan "Piket Daulat 6413" itu bersempena ulang tahun pertama pertemuan NUBE dengan perdana menteri pada 6 April tahun lalu.

Setiausaha Agung NUBE J Solomon berkata, ketika bank menolak permintaan kenaikan 51 peratus gaji dalam tempoh tiga tahun sebagai "berlebihan", pengurusan atasan sebaliknya menikmati kenaikan tahunan sebanyak 53 peratus.

--http://www.malaysiakini.com/
Jika kita mengikut tindakan dan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan penyokongnya, maka kita perlu membetulkan "kesilapan 'yang lalu, walaupun ia bermakna melanggar prinsip yang ditetapkan dalam Perlembagaan, undang-undang dan tadbir urus yang baik.

Zaid Ibrahim
Menurut mereka, membawa masuk lebih ramai umat Islam ke Sabah pada tahun 1990 dan menjadikan mereka rakyat tidak adalah satu langkah yang sinis untuk membantu pilihan raya pemerintah kemenangan pakatan (walaupun itu adalah manfaat segera), tetapi untuk membetulkan kesilapan sejarah. Secara ringkas, negara perlu mempunyai lebih banyak orang Islam - walaupun mereka adalah warga asing dari Filipina, Pakistan atau Indonesia - kerana Tunku Abdul Rahman "menghadiahkan" kewarganegaraan kepada orang Cina dan India sebagai sebahagian daripada perjanjian Merdeka. Dr M entah bagaimana menyalahkan Tunku untuk membuat kewarganegaraan "mudah" untuk orang bukan Melayu, yang dia percaya membenarkan panggilan bagi suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja ke dalam keputusan Tunku 60 tahun lalu.

Ranting beliau boleh diabaikan jika tidak kerana hakikat bahawa ia adalah berbahaya. Dr M UMNO musnah apabila ia melakukan arahannya dan kita tidak boleh membenarkan dia untuk memusnahkan negara ini juga. Untuk menyokong mengkaji semua dasar lalu dan disowning pengorbanan besar bekas pemimpin 'kita adalah sangat tidak bertanggungjawab. Reka bentuk negara dan perlembagaan solekan tidak seperti model Proton terbaru untuk dia mengubah sesuka hati. Warisan dan sejarah kita adalah kita, bukan beliau. Dia telah kehilangan semua rasa bahagian dalam usaha untuk mendapatkan daya tarikan untuk pandangan sesat beliau politik untuk mengubah keputusan Pilihan Raya Umum.

Dr M adalah seorang ahli Parti Perikatan, yang bersetuju untuk menerima pakai prinsip "jus soli" dalam pemberian kerakyatan kepada bukan Melayu. Ia adalah satu kontrak sosial yang Raja-Raja Melayu bersetuju, dan mana rakyat juga disokong, seperti yang dibuktikan oleh kemenangan besar Perikatan dalam pilihan raya 1955 dan 1959. Namun Dr M tidak mempunyai penyesalan menghina usaha besar pemimpin perintis 'kami untuk menjalin sebuah negara. Beliau bertekad untuk menjadikan bangsa isu memecah-belahkan dalam Pilihan Raya Umum dan dia akan menghancurkan negara ini jika pandangan beliau tidak diterima.

Jadi mari kita membuat ini Pilihan Raya Umum referendum kepada manusia itu sendiri. Jika kita menolaknya, seperti yang kita perlu, maka kita hanya boleh berbuat demikian dengan menolak Barisan Nasional. The sida-sida dalam BN semuanya takut kepadanya. Saya menyeru rakyat Malaysia untuk menunjukkan rasa jijik mereka untuk seorang lelaki ini dan idea-idea beliau dengan menolak BN sekali dan untuk semua. Kita tidak boleh menyelesaikan masalah-masalah hari ini dengan canangkan lalu. Kita perlu hidup dengan masa lalu, dan tidak mencari alasan apabila kita tidak dapat mengawal dengan baik sekarang. Kami menyelesaikan masalah dengan bekerja bersama-sama, dengan menggunakan cara yang aman dan dengan mempunyai pemimpin berjiwa besar seperti Tunku. The revisionists sejarah kita perlu dimasukkan ke dalam tempat-tempat yang sepatutnya mereka.

--http://zaiduntukrakyat.com/
Advertisement